Dasar Privasi

copnearme.com dikendalikan oleh RizQi Jaya Trading, Labuan, Malaysia. Dasar ini menerangkan bagaimana kami mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

1. Data yang Dikumpul

  • Akaun: nama, alamat emel dan nombor WhatsApp.
  • Penyenaraian: nama kedai, bandar atau alamat (pilihan), nombor telefon, foto, pautan dan waktu operasi.
  • Transaksi: rekod pembelian point, penggunaan point dan tempahan artwork, termasuk fail yang anda muat naik.
  • Teknikal: alamat IP dan cookie yang diperlukan untuk log masuk, troli bayaran dan pautan rujukan.

2. Tujuan Penggunaan

  • Memaparkan penyenaraian anda kepada pelanggan.
  • Mengurus akaun, point, pakej dan tempahan artwork.
  • Menghantar makluman akaun melalui emel dan WhatsApp, contohnya pakej hampir tamat.
  • Mencegah penipuan dan penyalahgunaan.

3. Maklumat yang Dipaparkan kepada Umum

Maklumat penyenaraian yang anda isi (termasuk nombor telefon dan WhatsApp) dipaparkan kepada umum supaya pelanggan boleh menghubungi anda. Alamat emel akaun anda tidak dipaparkan.

4. Pihak Ketiga

  • Pembayaran: diproses oleh BayarCash. Kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda.
  • Emel: dihantar melalui Brevo.
  • Keselamatan: laman ini dilindungi oleh Cloudflare.

Kami tidak menjual data peribadi anda.

5. Tempoh Simpanan

Data akaun disimpan selagi akaun aktif. Rekod transaksi disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun untuk tujuan perakaunan dan cukai.

6. Hak Anda

Anda boleh meminta salinan, membetulkan atau memadam data peribadi anda. Sesetengah rekod transaksi mungkin perlu disimpan atas keperluan undang-undang.

7. Hubungi Kami

WhatsApp 011-3966 3780 atau emel [email protected].

Dikemas kini: 1 November 2026

Share: