Terma & Syarat

Terma ini terpakai kepada semua pengguna copnearme.com, termasuk peniaga yang menyenaraikan perniagaan dan menggunakan point. copnearme.com dikendalikan oleh RizQi Jaya Trading, Labuan, Malaysia. Dengan mendaftar akaun, anda bersetuju dengan terma ini.

1. Akaun

  • Setiap peniaga wajib menggunakan alamat emel dan nombor WhatsApp yang sah. Kedua-duanya digunakan untuk makluman akaun.
  • Satu orang atau satu perniagaan hanya boleh mempunyai satu akaun. Akaun berganda atau palsu boleh ditamatkan.
  • Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan dan semua aktiviti dalam akaun anda.

2. Maklumat Penyenaraian

  • Peniaga bertanggungjawab memastikan maklumat yang dimasukkan tepat dan terkini.
  • Alamat penuh tidak wajib dipaparkan. Peniaga boleh memaparkan nama bandar atau kawasan sahaja.
  • Foto dan logo yang dimuat naik mestilah hasil kerja sendiri atau bahan yang peniaga berhak gunakan.

3. Semakan dan Kelulusan

  • Setiap penyenaraian baharu disemak sebelum dipaparkan.
  • copnearme.com berhak menolak, menyunting atau membuang penyenaraian yang palsu, mengelirukan, berulang atau tidak berkaitan dengan pembuatan cop.

4. Urusan dengan Pelanggan

  • copnearme.com ialah direktori. Tempahan, harga, bayaran dan penghantaran cop diuruskan terus antara pelanggan dan peniaga.
  • copnearme.com bukan pihak dalam urusan tersebut dan tidak menjamin bilangan pertanyaan atau tempahan yang diterima.

5. Point copnearme

  • Point ialah kredit untuk menggunakan perkhidmatan dalam copnearme.com sahaja: pakej Premium, kemudahan tambahan dan servis reka bentuk artwork.
  • Nilai: 1 point = RM0.10. Point dibeli melalui pembayaran dalam talian di laman ini.
  • Point tidak luput selagi akaun aktif.
  • Point tidak boleh ditukar kepada wang tunai, tidak boleh dipindahkan kepada pengguna lain dan tidak boleh dipulangkan (refund), kecuali seperti dinyatakan dalam Dasar Bayaran Balik.
  • Point yang diperoleh melalui penipuan, akaun palsu atau kesilapan sistem boleh dibatalkan.

6. Point Percuma dan Rujukan

  • 100 point diberi sekali sahaja bagi setiap akaun, apabila penyenaraian pertama diluluskan.
  • 50 point diberi kepada perujuk apabila penyenaraian peniaga yang dirujuk diluluskan. Peniaga yang dirujuk mesti mendaftar melalui pautan rujukan.
  • Merujuk diri sendiri, atau mendaftar akaun tambahan untuk mengumpul point, adalah dilarang.

7. Pakej dan Kemudahan Tambahan

  • Pakej Premium dan kemudahan tambahan aktif selama 1 tahun dari tarikh diaktifkan. Butiran dan harga dipaparkan di halaman Pakej Penyenaraian.
  • Pembaharuan dibuat secara manual oleh peniaga. Makluman dihantar melalui emel sebelum tarikh tamat.
  • Selepas tamat, penyenaraian kembali ke pakej Asas. Maklumat tidak dipadam, cuma kemudahan berkaitan tidak dipaparkan sehingga diaktifkan semula.
  • Point untuk baki tempoh tidak dipulangkan jika pakej ditukar atau akaun ditutup.
  • Harga dalam point boleh berubah. Perubahan terpakai kepada pengaktifan dan pembaharuan selepas tarikh perubahan.

8. Ahli Perintis

  • Peniaga yang penyenaraiannya diluluskan sebelum 1 April 2027 ialah Ahli Perintis.
  • Ahli Perintis menerima semua ciri Premium dan 3 artwork percuma sehingga 31 Mac 2027. Artwork percuma yang tidak digunakan tamat pada tarikh tersebut.
  • Lencana Ahli Perintis kekal. Selepas 31 Mac 2027, harga biasa terpakai.

9. Servis Reka Bentuk Artwork

  • Point ditolak sepenuhnya semasa tempahan dibuat, sebelum draf disediakan.
  • Peniaga bertanggungjawab memastikan teks dan ejaan yang dihantar betul, dan berhak menggunakan logo atau nama yang diminta.
  • Peniaga perlu menyemak draf sebelum menggunakan fail akhir. copnearme.com tidak bertanggungjawab atas kesilapan yang tidak dimaklumkan semasa semakan draf.
  • Jika tempahan dibatalkan oleh pihak kami, point dipulangkan ke akaun anda.

10. Penamatan Akaun

copnearme.com boleh menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini. Point dalam akaun yang ditamatkan kerana pelanggaran tidak dipulangkan.

11. Had Tanggungan

copnearme.com disediakan “sebagaimana adanya”. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat gangguan laman, maklumat yang diberikan oleh peniaga, atau urusan antara pelanggan dan peniaga.

12. Perubahan Terma dan Undang-undang

Terma ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa, dan versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

13. Hubungi Kami

WhatsApp 011-3966 3780 atau emel [email protected].

Dikemas kini: 1 November 2026

Share: