Servis Reka Bentuk Artwork Cop

Ada tempahan cop dengan logo rumit, tulisan Jawi, atau logo pelanggan yang kabur? Kami sediakan fail artwork sedia cetak untuk mesin cop anda.

Servis ini untuk pembuat cop yang berdaftar di copnearme.com, terutamanya di kawasan yang sukar mendapatkan pereka. Kami membuat cop sejak 1998.

Harga (dalam Point)

Jenis kerjaHarga biasaAhli Premium (−10%)
Cop teks biasa (nama, alamat)150 point135 point
Cop syarikat / logo ringkas250 point225 point
Logo rumit / tulisan Jawi / Chinese / lukis semula logo kabur350 point315 point

1 point = RM0.10. Ahli Perintis menerima 3 artwork percuma sehingga 31 Mac 2027.

Cara Menempah

  1. Log masuk dan buka halaman Akaun Point.
  2. Pilih jenis artwork, tulis butiran (teks, saiz, warna) dan muat naik logo atau gambar contoh.
  3. Point ditolak semasa tempahan dibuat. Kerja bermula selepas itu.
  4. Kami hantar draf untuk semakan, kemudian fail akhir dalam format yang anda perlukan (PDF, JPG, PNG atau format mesin anda).

Status setiap tempahan boleh dilihat di halaman Akaun Point, dan makluman dihantar melalui emel.

Share: