Dasar ini terpakai kepada pembelian point di copnearme.com.
1. Point Tidak Boleh Dipulangkan
Point ialah kredit digital yang dimasukkan ke akaun anda sebaik sahaja bayaran berjaya. Oleh itu, point yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar kepada wang tunai, sama ada sudah digunakan atau belum. Point tidak luput, jadi baki boleh digunakan pada bila-bila masa.
2. Pengecualian
Bayaran balik ke akaun bank atau kaedah bayaran asal akan dibuat jika:
- Anda dicaj lebih daripada sekali untuk pesanan yang sama.
- Bayaran berjaya tetapi point tidak dimasukkan ke akaun, dan kami tidak dapat membetulkannya.
Hubungi kami dalam tempoh 14 hari dari tarikh bayaran beserta nombor pesanan. Bayaran balik yang diluluskan diproses dalam 7–14 hari bekerja, bergantung kepada bank atau penyedia pembayaran.
3. Servis Artwork
Jika tempahan artwork dibatalkan oleh pihak kami, point dipulangkan ke akaun Point anda, bukan dalam bentuk wang tunai.
4. Hubungi Kami
WhatsApp 011-3966 3780 atau emel [email protected].