Soalan Lazim

Untuk Pelanggan

Apa itu copnearme.com?

Direktori pembuat cop seluruh Malaysia. Cari kedai cop di bandar anda dan hubungi mereka terus.

Bagaimana saya menempah cop?

Hubungi kedai yang dipilih melalui telefon atau WhatsApp. Harga, bayaran dan penghantaran diuruskan terus dengan kedai tersebut.

Adakah copnearme.com menjual cop?

Tidak. Kami hanya menyenaraikan pembuat cop. Kami tidak terlibat dalam urusan antara anda dan kedai.

Untuk Peniaga

Adakah penyenaraian percuma?

Ya. Pakej Asas percuma selamanya. Pakej Premium dan kemudahan tambahan dibayar menggunakan point.

Saya buat cop dari rumah. Perlukah alamat penuh?

Tidak. Anda boleh memaparkan nama bandar atau kawasan sahaja.

Berapa lama penyenaraian diluluskan?

Setiap penyenaraian disemak secara manual, biasanya dalam 1–2 hari bekerja. Anda akan menerima emel apabila diluluskan.

Apa itu point?

Kredit untuk menggunakan perkhidmatan copnearme.com: pakej Premium, kemudahan tambahan dan servis artwork. 1 point = RM0.10.

Bagaimana mendapat point?

Beli di halaman Akaun Point (RM10, RM30, RM50 atau RM100) melalui FPX, DuitNow, kad atau e-wallet. Anda juga menerima 100 point apabila penyenaraian pertama diluluskan, dan 50 point bagi setiap rakan peniaga yang anda rujuk dan diluluskan.

Adakah point luput?

Tidak. Tetapi point tidak boleh ditukar kepada wang tunai, dipindahkan kepada orang lain atau dipulangkan.

Apa berlaku bila Premium tamat?

Penyenaraian kembali ke pakej Asas. Foto, pautan dan maklumat lain tidak dipadam, cuma tidak dipaparkan sehingga anda aktifkan semula. Kami hantar emel peringatan 30 hari dan 7 hari sebelum tamat.

Adakah Premium diperbaharui secara automatik?

Tidak. Anda perlu aktifkan semula sendiri melalui halaman Akaun Point.

Siapa Ahli Perintis?

Peniaga yang penyenaraiannya diluluskan sebelum 1 April 2027. Mereka menerima semua ciri Premium dan 3 artwork percuma sehingga 31 Mac 2027, serta lencana Ahli Perintis yang kekal.

Bagaimana menggunakan servis artwork?

Tempah di halaman Akaun Point. Pilih jenis kerja, tulis butiran dan muat naik contoh. Point ditolak semasa tempahan, kemudian kami hantar draf untuk semakan. Lihat Servis Artwork untuk harga.

Soalan lain? Hubungi kami di WhatsApp 011-3966 3780 atau baca Terma & Syarat.

Share: